Bulan ini, saya berlaku kemalangan kali ke-3. Kali pertama dan kedua adalah semasa mengundur kereta. Kali ini pula disebabkan 'sleppy'. Walaupun ketiga-tiga kali saya melanggar dengan perlahan, ia pun ada gesaran sangat kuat.
Saya mendengar cikgu cakap, apabila berlaku perlanggaran kereta, berat badan manusia akan meningkat sebanyak 4 atau 40 (saya sudah lupa) kali ganda dan ia bergantung kepada kelajuan kereta juga. Ia cukup untuk membunuh seseorang. Contohnya, seorang penumpang duduk di belakang dengan berat badan 50kg. Apabila berlaku perlanggaran, berat badan itu akan menjadi 200kg(jikalau adalah 4 kali ganda, kalau adalah 40 kali ganda, fikirlah sendiri). Oleh itu, semua penumpang wajib memakai tali pinggang, kalau tidak, 200kg itu melanggar ke depan, pemandu atau penumpang depan akan cedera parah atau mati apabila dihentam oleh 200kg. Manakala memakai tali pinggang boleh mengurangkan geseran.
Jadual berikut menunjukkan anggaran laporan penyelidikan WHO tahun-tahun lepas tentang seseorang berlaku kemalang menyebabkan sesebuah negara mengalami sebanyak berapa pendapatan negara...
1 mati - 1.2 juta
1 cedera parah - 120ribu
1 cedera ringan - 12ribu
1 OKU - 1.2juta
Tak ada orang sangka seorang OKU juga sama menyebabkan pendapatan negara kehilangan 1.2juta.